Followers

Thursday, August 16, 2012

Ciri-ciri Keselamatan Duit Kertas Baru Malaysia


Pada penghujung tahun 2011 lagi, pihak Bank Negara Malaysia telah melancarkanduit syiling dan duit kertas baru Malaysia. Pengeluaran duit syiling dan duit kertas baru ini disusuli dengan beberapa isu "kontroversi". Ada yang cuba mengaitkan rekaannya dengan 'teori konspirasi' dan ada juga yang menyamakannya dengan 'duit orang mati'. Macam-macam...dan aku tidak berminat untuk mengulas pasal itu.

KONGSA KONGSI

Aku percaya bila ada sesuatu mende yang baru keluar, ramai orang ingin untuk memilikinya. Sehingga hari ini, aku masih belum berpeluang memiliki semua duit kertas baru melainkan duit syiling. Duit kertas baru seringgit pun aku belum pernah dapat lagi.

Dijangkakan, masa musim perayaan Aidil Fitri nanti, bolehlah tengok semua duit-duit baru ini. Untunglah mereka yang akan dapat duit raya nanti. Orang yang bakal dapat duit raya dari aku, dapat note lama je kot. Tak sempat dan malas untuk tukar. Lagi pun, nak bagi siapa sangat. Adik-adik dan mak je yang termampu.

Di bawah disertakan ciri-ciri keselamatan pada duit kertas baru Malaysia kepada mereka yang berminat untuk ambil tahu.

KONGSA KONGSI

KONGSA KONGSI
Ciri-ciri keselamatan duit kertas RM1 baru

KONGSA KONGSI

KONGSA KONGSI
Ciri-ciri keselamatan duit kertas RM5 baru

KONGSA KONGSI

KONGSA KONGSI
Ciri-ciri keselamatan duit kertas RM10 baru

KONGSA KONGSI

KONGSA KONGSI
Ciri-ciri keselamatan duit kertas RM20 baru

KONGSA KONGSI
Ciri-ciri keselamatan duit kertas RM50 baru

KONGSA KONGSI

KONGSA KONGSI
Ciri-ciri keselamatan duit kertas RM100 baru

Sila klik pada setiap imej yang berkaitan untuk melihat dengan lebih jelas atau save sahaja ke dalam komputer masing-masing. Selamat mengkaji duit-duit kertas baru anda dan selamat Hari Raya Aidil Fitri! Mohon maaf kalau ada salah silap sepanjang menulis dalam blog ini.

Untuk membaca fakta-fakta menarik duit kertas baru Malaysia, boleh baca dicisdel.com.

Azab Kubur Yang Menggerikan Kerana Bertatoo Salib Di Dada


Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.

Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.

Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.

Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam. Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.

Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur. Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.

Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa. Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu. Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri. Cintai Allah, Cintai Islam.

Pengajaran cerita:

1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa dan beriman. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa.

Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.

Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
“Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.

Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak, Fikir-fikirkan.

Wednesday, August 15, 2012

Tuesday, August 14, 2012

Tips Sebelum Perjalanan

-Rancang perjalanan
-Dapatkan rehat secukupnya
-Elakkan mengambil minuman beralkohol atau ubatan yang  memabukkan atau mengantuk
-Hindari perasaan negatif seperti marah, kecewa atau teragak-agak sebelum memandu.
-Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh
-Pastikan kedudukan tempat duduk pemandu sesuai untuk penglihatan maksimum
-Cermin pandang belakang dan sisi berada pada kedudukan tepat.
-Simpan alat bantuan kecemasan dalam kenderaan
-Simpan air dan minyak hitam tambahan dalam kenderaan
-Pastikan tayar gantian mempunyai angin mencukupi
-Servis kenderaan anda

Puting Beliung / Tornado


Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.

Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.

Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada nyawa yang terkoban akibat puting beliung.






Bagaimana puting beliung berlaku

Puting beliung boleh berlaku hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan. Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk. Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih. Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung.

Kemusnahan dan lokasi berlakunya puting beliung

Puting beliung dikategori mengikut Skala Fujita, daripada F0 sehingga F5. F0 mempunyai kelajuan angin paling rendah manakala F5 mempunyai kelajuan angin paling tinggi.

Amerika Syarikat adalah negara yang paling banyak mengalami bencana puting beliung tetapi ini tidak bermakna negara-negara lain tidak akan mengalami bencana ini. Puting beliung boleh terjadi di mana-mana tempat di dunia termasuklah Malaysia. Kawasan yang paling kerap dilanda ribut petir di Amerika Syarikat ialah di kawasan lembangan yang dilindungi Banjaran Rocky dan Banjaran Appalachian. Kawasan tersebut dikenali sebagai Lembah Puting Beliung (Tornado Alley).

Puting beliung amat sukar diramal dan ia hanya dapat diramalkan apabila titik tekanan rendah di dalam awan kumulonimbus dikesan oleh radar Doppler. Akibatnya, penduduk di kawasan yang diramalkan akan dilanda puting beliung hanya mempunyai masa yang sangat terhad untuk pergi ke tempat perlindungan.

Senarai peristiwa puting beliung terdahsyat yang pernah di rekodkan di dunia

1. Puting beliung Natchez (7 Mei 1840) - Fenomena berlaku meliputi daerah Concordia, Parish, Louisiana, Adams County dan Mississippi, Amerika Syarikat. Sebahagian kematian jiwa direkodkan berlaku di Sungai Mississippi. Walaupun angka kematian rasmi seramai 269 orang, namun pihak penyelamat mengganggar jumlah kematian jauh lebih tinggi.

2. Puting beliung St. Louis (27 Mei 1896) - Malapetaka telah meragut sekurang-kurangnya 137 orang. Bandar St. Louis, Amerika Syarikat dilaporkan terjejas teruk. Kompleks beli-belah, rumah, kedai-kedai kaki lima, hospital, kerata api dan gereja digambarkan hilang dalam tempoh begitu singkat.

3. Puting beliung Tri-State (18 Mac 1925) - Sekitar tempoh tiga jam lebih, puting beliung ini telah mengorbankan 700 nyawa dan menghancurkan lebih daripada 15, 000 kediaman di wilayah Illinois, Indiana dan Missouri, Amerika Syarikat.

4. Puting beliung The Tupelo (5 April 1936) - Ianya berlaku dekat Coffeeville, daerah Yalobusha, Amerika Syarikat. Dalam kes ini, sebuah kompleks membeli belah terpaksa dijadikan hospital sementara dan pusat transit perlindungan. Sebanyak 233 nyawa melayang, 150 kabin sementara dibina supaya dijadikan rumah perlindungan tambahan sementara.

5. Puting beliung The Gainesville (6 April 1936) - Puting beliung ini melalui bandar Gainesville, Georgia. Sebanyak 750 buah rumah hancur dan ranap. Seramai 203 orang terbunuh, 40 orang dilaporkan hilang. Kematian terbesar dalam peristiwa puting beliung ini melibatkan kematian terbesar yang hanya berlaku di sebuah gedung membeli-belah terkemuka disana.

6. Puting beliung Joplin (21 Mei 2011) - Berlaku di bandar Joplin, Missouri, Amerika Syarikat. Disifatkan bencana puting beliung paling teruk yang pernah melanda AS dalam tempoh setengah abad. 142 nyawa dilaporkan terkorban. Saiz puting beliung dianggarkan 10 km panjang ke atas dan 1.2 meter lebar diameter radius. Dianggap suatu saiz puting beliung yang pelik jauh dari jangkaan pakar.

Peristiwa puting beliung di Malaysia

Malaysia juga dilihat tidak ketinggalan untuk menerima kehadiran puting beliung sebagai salah satu fenomena alam yang agak unik di negara tersebut. Berikut adalah senarai peristiwa puting beliung yang utama terjadi di Malaysia pada mutakhir ini:

1. Puting beliung Kota Damansara (13 Jun 2010) - suatu ribut puting beliung yang amat dasyhat telah melanda Kota Damansara. Diantara kawasan perumahan yang terlibat ialah Seksyen 6,7,8,9 dan 10. Kawasan yang paling teruk menerima kesan ribut ialah perumahan PPR Seksyen 8 Kota Damansara. Di kawasan ini lebih 30 gerai penjaja daripada golongan berpendapatan rendah termusnah apabila angin kuat ribut puting beliung merosakkan semua kanopi gerai. Ada juga gerai-gerai yang terangkat terus dan di lemparkan beberapa meter jauh oleh ribut tersebut. Selain itu dianggarkan juga sebanyak 120 pokok besar tumbang, kira-kira 30 buah motosikal di tempat letak kenderaan terbalik, gerai-gerai roboh dan hampir 29 buah kereta rosak dihempap pokok dan lori turut terbalik.

2. Puting beliung Perlis (28 Oktober 2010) - Berlaku di sekitar kawasan Jejawi. Lebih 50 rumah, kedai makan dan bengkel membaiki kenderaan di sekitar Jejawi rosak akibat angin puting beliung

3. Puting beliung Pulau Pinang (15 November 2010)- Berlaku di kawasan Gurney, Pulau Pinang, Malaysia. Berlaku kira-kira pukul 6.30 petang

Perbezaan antara puting beliung dan taufan

Ramai di antara kita yang terkeliru antara puting beliung dan taufan memandangkan kedua-duanya adalah corong angin kencang dan ribut angin kencang. Ribut taufan itu sendiri merupakan satu sistem cuaca manakala puting beliung pula ialah sebahagian daripada sistem ribut petir. Ribut taufan memusnahkan kawasan yang luas dalam satu-satu masa tetapi puting beliung hanya memusnahkan kawasan yang dilalui corong ribut kencang itu sahaja. Tambahan pula, puting beliung hanya bertahan selama beberapa jam tetapi ribut petir boleh bertahan selama berhari-hari, malah boleh jadi lebih daripada seminggu.

List kedai Nasi Kandar Yang terbaik Di Malaysia

PENANG
nasi kandaq beratoq, masjid kapitan Penang 
nasi kandaq Hameediyah, relau/campbell street/permatang pauh, Penang
nasi kandaq kg melayu, ayaq itam Penang 
nasi kandaq line clear, Penang 
nasi kandaq subaidah sg dua, Penang
nasi kandaq aboo bagan Penang
nasi kandaq belakang telekom Penang
Kayu, bukit jamboi Penang 
Nasi kandaq Pelita Chai Leng Park , Penang
Nasi kandaq Sarip, Gelugoq, Penang
Nasi kandaq Ramzan , Penang
Nasi kandaq Merlin, Padang Kota Penang
Nasik dalca bawang
nasi royal kt pekan rabu ngn jitra, Kedah
nasi kandaq Ali Pekan Baru, Parit Buntar (buka kul 8 keatas shj)
Cargas Café, Bayan Lepas Penang 
Nasi Kandaq Deen, Jelutong Penang 
Jln Burma Penang
Nasi kandaq Alagapas Bukit Mertajam 
Nasi kandaq Pak Abu Sg Dua, Penang 
Nasi kandaq Pokok Ketapang Bagan, Penang 
Nasi kandaq Zamrud Pinang 
Nasi kandaq ali bm,jalan one way nak p market bm,sebelah taxi stand lama 
Nasi kandaq Simpang Ampat tasek Bukit Mertajam
nasi kandaq Ahmad - Seberang Prai
kat tepi public bank kepala batas, Penang 

KL, SELANGOR dan kawasan yg sewaktu dengannya:
nasi kandaq Yaseen, Jln Tunku abdul rahman KL
nasi kandaq Kudu bin Abdul, Jln Tunku abdul rahman KL
nasi kandaq Ibramsha Jln Tunku abdul rahman KL
nasi kandaq Original kayu bandar tasik permaisuri KL
Nasi kandaq Kayu SS2, PJ Selangor
nasi kandaq nasuha, masjid india KL
nasi kandaq zainol, PJ state
nasi kandaq raihan, Glenmarie Shah Alam
nasi kandaq Pelita (Jln Ampang KL/SS 15 Subang)
Nasi kandaq ZK Kg Attap 
Nasi kandaq Deen, gombak, KL 
Masjid TTDI KL (mase solat Jemahat) 
Nasi kandaq utara SS15, Subang Jaya Selangor
Nasi Agung (karung) Hakim Lama Sek 7 Shah Alam
Nasi kandaq Syed Bistro – melambak branch kat Shah Alam 
Nasi kandaq Aliff Bistro, Balakong Selangor 
Nasi kandaq Fareed Rahman Putra, Sg Buloh
nasi kandaq Hakim, Sek 7 shah alam
nasi kandaq Kayu Kota Damansara

PERAK
nasi ganja Ipoh
Nasi Kandaq Lambai, Teluk Intan
nasi Vanggey - Tronoh Ipoh Perak
gerai makanan dan minimun RAHAMATH , tepi masjid negeri, ipoh

KEDAH 
Nasi Royale – Alor Star & Ampang KL
nasi kandaq yasmeen,aloq staq
nasi kandaq royal,kompleks hijau kuning 
nasi kandaq ali,sbrg perak,aloq staq
nasi kandaq aminres,sbrg perak,aloq staq-gulai ayam kampong 
nasi kandaq haji ramli,smpg empat kangkong,aloq staq 
nasi kandaq zam-zam
nasi kandaq Bedong Kedah (melayu jual) 

NOGORI 
Nasi kandaq Lawood, taman cempaka, Nilai, Nogori

PERLIS
nasik kandaq (nasik ganja)perlis pun best kat area market ngan kedai tepi klinik menon yang guna kereta tolak 

Lokasi Speed Trap.. Beware...


SAMAN EKOR (Info) Lokasi Speedtrap Di Kawasan Lebuhraya PLUSSeminggu sahaja lagi kita akan menyambut Aidilfitri, rasa-rasanya ramai juga yang sedang bersiap-siap membeli-belah, buat kuih, dan tak juga yang mengemas rumah. Ada juga yang tengah sibuk shopping di Jalan T.A.R. Tetapi jangan lupa dengan SpeedTrap..
Masalah speedtrap di lebuhraya ni, ada orang yang suka, dan ada orang yang tidak suka.Biasalah. Namun begitu, disini, kami ingin kongsikan kepada anda pembaca beritasemasa, senarai lokasi kawasan speedtrap yang ada di lebuh raya.Info ini bertujuan untuk mengingatkan anda, bukan bermakna anda boleh mengeksploitasi maklumat ini.
Lebuhraya PLUS( Arah Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
Lebuhraya PLUS (Ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.( MELAKA)
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h
NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.
Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone
SPEED TRAPS IN JOHOR South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng
North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.
SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h.
South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.
SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction
 Semoga dengan info lokasi kawasan speedtrap lebuhraya ini, pemandu-pemandu kereta dapat lebih berhati-hati dan jangan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.Ikutlah peraturan.Lebih-lebih lagi, dalam musim perayaan ini.Ingatlah orang yang tersayang.

Had Laju Sempena Perayaan Hari Raya Puasa Dikurangkan!


Hari Raya Puasa bakal tiba tidak lama lagi. Maka,jalanraya akan kembali sesak dengan pelbagai kenderaan dan motosikal.Dalam kesesakan tersebut, tidak sah sekiranya tiada berlaku kemalangan yang boleh dielakkan sebenarnya.
Oleh itu, sempenan perayaan ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, telah mengeluarkan kenyataan bahawa had kelajuan jalanraya dikurangkan daripada 90 km/h untuk Jalan-jalan Persekutuan kepada 80 km/h, manakala untuk jalan-jalan negeri, daripada 80 km/h kepada 70 km/h.
KUALA LUMPUR: The 10kmph reduction in the speed limit on federal and state roads has been reintroduced for this Hari Raya travel period. Until Sept 6, the speed limit on federal roads will be 80kmh (from 90) and on state roads, 70kmph (from 80).
Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha said this measure was one aspect of enforcement measures carried out by the police and Road Transport Department (JPJ).”This involved Ops Sikap XXIV, which is in effect from Aug 22 to Sept 6, the JPJ’s Ops Bersepadu from Aug 14 to Sept 14, and the ban on heavy vehicles from roads on Aug 27 and 28, and Sept 3 and 4,” Kong said in his speech here Thursday before launching the national Hari Raya Aidilfitri road safety campaign.
The speed limit reduction was first introduced in 2006, with the aim of reducing the number of road accidents.However, the speed limits on highways will not be affected.
Namun, had kelajuan dilebuhraya masih lagi dikekalkan kepada 110 km/h.Pendapat kami, pengurangan had kelajuan ini ada baiknya.Dalam tengah bersesak-sesak kenderaan semasa pulang ke kampung halaman masing-masing, mana ada peluang nak bawa kereta laju-laju.
Lagipun, tidak ada gunanya bawa kereta laju-laju tanpa memikirkan keselamatan orang lain.Lainlah kalau dalam trek.Nak pecut sampai terbang kereta tu pun tak ada masalah.Ini, bila kita berkongsi jalanraya dengan orang lain,adalah menjadi tanggungjawab kita untuk fikirkan keselamatan orang lain.
Kami menyambut baik tentang pengurangan had laju ini.Apa pendapat anda pula?
P.S. Ini kes mesti nak berniaga saman dengan rakyat....

(Gambar) Twitter PM Najib Razak Penuh Dengan Pengikut Tipu?

by STAFF BERITA SEMASA on AUGUST 14, 2012
twitter (Gambar) Twitter PM Najib Razak Penuh Dengan Pengikut Tipu?Seperti yang semua maklum, trend ahli politik menggunakan media sosial seperti Twitter, Facebook dan sebagainya, makin meningkat.Lebih-lebih lagi, selepas berlaku gelombang dalam Pilihanraya Umum ke-12 tidak lama dulu.Namun begitu, telah tersebar berita yang tidak enak didengar mengenai akaun twitter ahli politik di Malaysia ini.
Kita selalu dengar tentang hebohnya sesetengah ahli politik yang dengan bangga mengumumkan bahawa akaun Twiter dan facebook mereka mempunyai ramai pengikut. Dengan Statuspeople, iaitu laman sesawang yang membenarkan anda menyemak samada pengikut twitter anda adalah benar-benar manusia ataupun “fake account” semata, kita boleh melihat sendiri tentang keputusan yang dikeluarkan di bawah.
Umum kita mengetahui bahawa Perdana Menteri Malaysia, mempunyai pengikut hampir 800,000 orang dan juga diantara 25 pemimpin negara yang mempunyai pengikut Twitter paling tinggi.
twitter najib razak (Gambar) Twitter PM Najib Razak Penuh Dengan Pengikut Tipu?
Bagaimana pula dengan Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama  dengan 18 juta pengikut?
twitter barack obama (Gambar) Twitter PM Najib Razak Penuh Dengan Pengikut Tipu?
barack obama fake (Gambar) Twitter PM Najib Razak Penuh Dengan Pengikut Tipu?
Kita dah lihat 2 pemimpin teratas negara masing-masing, sekarang kita lihat Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah.
twitter anwar ibrahim (Gambar) Twitter PM Najib Razak Penuh Dengan Pengikut Tipu?
Nampak lebih baik keputusannya? Tunggu dulu.Lihat pula bagaimana keputusan fake akaun Twitter dua orang kuat Cyber UMNO, Tun Faisal dan juga Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussien.
twitter hishamuddin (Gambar) Twitter PM Najib Razak Penuh Dengan Pengikut Tipu?
Sebelum ini, heboh pasal “pengundi hantu” dalam pilihanraya.Takkan dalam maya pun nak pakai “pengikut hantu” juga? Berikan pendapat anda mengenai isu ini.
Inspirasi dari BlogSerius

Harta Qarun Sekarang Milik Siapa?


Ketika Allah meneggelamkan Qarun bersama harta-bendanya ke dalam perut bumi Mesir
 sebagaimana di firmankan:-

فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِنْ فِئَةٍ يَنْصُرُونَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُنْتَصِرِينَ

Maka kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada 
baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. dan tiadalah 
ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya). Surah al-Qasas : 81


Harta Qarun terbenam dan mencair ke dalam perut bumi dan agaknya ia telah 
bertukar menjadi aliran minyak dijaluran di sekitar Negara-negara yang 
berjiran dengan Mesir, khususnya di Timur Tengah. 

Hari ini orang yang kaya di dunia termasuk raja-raja dan kaum kerabat pemerintah 
Negara umat Islam adalah terdiri mereka yang memiliki telaga minyak yang dikorek 
dari dasar perut bumi.   

Tokey-tokey minyak inilah sebenarnya yang telah mewarisi harta Qarun tersebut. 
Mereka menjadi raja yang kaya raya. Mereka kembali meleburkan kekayaan mereka 
menjadi emas dan perak dan mewarisi kembali sifat-sifat Qarun. Cuba lihat senarai 
raja yang paling kaya. Bukankah kebanyakannya orang Islam?


Senarai Raja Terkaya di dunia

1. Raja Bhumibol Adulyadej, Thailand Harta: RM96 bilion
2. Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei : RM64 bilion
3. Raja Abdullah bin Abul Aziz, Arab Saudi : RM58 bilion
4. Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) : RM48 bilion
5. Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Dubai : RM14 billion
6. Putera Hans-Adam II von und zu Liechtenstein, Liechtenstein : RM11.2 bilion
7. Raja Mohammed IV, Maghribi : RM8 bilion
8. Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Qatar : RM8 bilion
9. Putera Albert II, Monaco : RM3.2 bilion
10. Putera Karim Al Husseini, Aga Khan : RM2.6 bilion


Sebahagian besar kaya kerana petroleum. Mereka dari Negara umat Islam tetapi negara
 Islam masih lagi ketinggalan dan miskin, kadar celik huruf dan pendidikan yang rendah. 

Kebanyakan harta mereka dicairkan din egara-negara maju seperti Amerika dan Eropah.
 Betapa kuatnya ekonomi umat Islam jika ia digabung dan menyelamatkan ekonomi 
Negara umat Islam tetapi apa sebenarnya minat mereka? Ke mana harta ini dibelanjakan?
 Lihat dua contoh:-


Syeikh Mansour bin Zayed Al Nahyan
Warga negara UAE yang dua tahun lalu membeli kelab 
sepak bola Liga Perdana Inggeris, Manchester City 
sebanyak £210 juta (RM1.1 bilion) untuk membeli 90 peratus
 saham bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.

Mansour mempunyai kekayaan peribadi berjumlah 
£15 bilion (RM78b) mengatasi Abramovich (pemilik Manchester City)
 yang memiliki kekayaan £7b (RM36.4b). 

Salah seorang daripada 19 anak Sheikh Zayed bin 
Sultan al Nahyan yang juga kaum kerabat diraja Abu Dhabi, di Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

Dia juga ahli kabinet Abu Dhabi selain menjadi pengerusi kepada First Gulf Bank
 dan International Petroleum Investment Company. 

Beliau membeli share Ferrari berharga £19j dan memiliki pencakar langit di New York 
yang terkenal iaitu Chrysler Building bernilai USD800j. Dia dan kaum keluarganya 
dianggarkan mempunyai kekayaan AS$1 trilion (RM3.5 trilion) yang banyak digunakan 
untuk membeli aset asing.

Beliau membeli lagi share Manchester City melengkapkan 100%. Kini beliau
 berberbelanja besar dengan pembelian beberapa pemain yang melebihi nilai sebenar
. Yaya Toure ke City yang berharga £28 juta pound (RM 138.5 juta) . Kolarov menyertai
 City lalu dengan harga £16 juta. Sebanyak £33million untuk Real Madrid's 
Brazilian superstar, Robinho sebagai sebahagian daripada perbelanjaan mewah
 Sheikh Mansour, pemilik kelab terkaya di Liga Perdana, membelanjakan lebih 
daripada £100 juta demi menjadikan kelab tersebut sebagai kelab terkaya.

Sempena bulan Ramadhan ini banyak mana duit yang telah diinfaqkan buat Kelab 
Manchester City ini. Perbelanjaan ini sahaja cukup untuk membangunkan sebuah 
Negara Palestine . Taklah kita terhegeh-hegeh kutip derma seringgit dua ringgit untuk
 Gaza. Bayangkan bajet untuk negeri Selangor sahaja hanya sebanyak 1.6 billion 
setahun. Itu baru perbelanjaan untuk satu kelab sukan. Belum lagi hobi-hobi selain
 bola. Belum lagi istana, kenderaan dan yang lain-lain.


Sultan Hasanal Bolkiah

Seorang Raja Melayu , pemerintah beraja Negara terkaya
 di dunia, Brunei Darul Salam. Sejak dilahirkan lagi, baginda
 sudah makan dan minum menggunakan garfu dan sudu emas 
seta memakai pakaian yang di saluti emas tulen. 

Istana baginda yang bernilai USD350j terdiri daripada 1788
 bilik dengan perabot disaluti emas dan berlian. 257 bilik mandi
 disaluti emas dan perak dan sebuah garaj kereta untuk
 mempamerkan 110 buah keratanya. Di istana ini terdapat
 650 suites dan setiap satunya bernilai tidak kurang 150,000 ribu euro.

Beliau memiliki koleksi 7,000 kereta mewah dengan anggaran harga keseluruhan
 mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion termasuk kapal terbang yang berlapis emas. 
Banyak barangan sekitar kehidupan baginda adalah barangan emas. Kereta dari emas,
 closet emas, tangkai bunga emas, senjata api emas, tempat tidur emas , meja dan kursi 
makan emas , bilik air dari emas.

Seorang Putera kepada Sultan Brunei dilaporkan membelanjakan 10.2 Billion dalam tempoh
 satu dekad (memiliki 2000 buah kereta, 17 kapal terbang dan pelbagai jenis barang kemas,
 kapal layar dan sebagainya. Lihatlah koleksi ini:-
Tatkala ramai umat Islam di dunia ini contohnya di Indonesia, Bangladesh, 
Afrika dan lain-lainnya bertarung dengan kemiskinan dan kebuluran, di kala itu jugalah 
kita melihat para pemimpin umat Islam hidup dengan penuh kekayaan dan kemewahan. 

Kisah di atas hanya berkisar dengan kekayaan antara 57 para pemimpin Islam. 
Jika kita himpunkan kekayaan milik seluruh para pemimpin umat Islam yang ada hari 
ini kita yakin ianya cukup untuk menyelesaikan masalah kefakiran dan kemiskinan yang
 berlaku di dunia umat Islam itu sendiri. 

Inilah akibatnya apabila sistem ekonomi Islam dibakul sampahkan dan sebaliknya
 yang digunapakai adalah sistem ekonomi Kapitalisme. Kekayaan di dunia umat Islam
 itu khususnya dan dunia umumnya hanya berlegar di sekitar golongan tertentu semata-mata 
sedangkan Allah SWT berfirman:

“(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang
 kaya dari kalangan kamu”. Surah Al-Hasyr (59) : 7


Qarun yang asalnya sebagai penolong Musa a.s dan pencatat Taurat akhirnya tertipu 
dengan emas dan perak serta kemewahan dunia akhirnya bersekongkol bersama 
Haman dan Firaun menentang nabi Musa a.s. Kalaulah harta bendanya digunakan untuk
 membantu Islam !

إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِنْ قَوْمِ مُوسَى فَبَغَى عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي
 الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ

Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa (Bani Israel, sepupu Musa) maka
 ia berlaku aniaya terhadap mereka dan kami telah menganugerahkan kepadanya 
perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat
. (Ingatlah) ketika kaumnya Berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; 
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri".
 Surah al-Qasas: 76

فَخَرَجَ عَلَى قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ .
 وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ
Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. berkatalah
 orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kiranya kita mempunyai 
seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; Sesungguhnya ia benar-benar 
mempunyai keberuntungan yang besar". Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu:
 "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang
 beriman dan beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh 
orang- orang yang sabar". Surah al-Qasas : 79-80
Rasulullah Saw bersabda diriwayatkan oleh Huzaifah maksudnya: "Janganlah 
kamu memakai sutera nipis atau tebal, janganlah kamu minum dari bekas yang
 diperbuat dari emas dan perak, janganlah kamu makan pada pinggan yang
 diperbuat dari keduanya, kerana yang demikian itu bahagian mereka di dunia 
dan bagi kamu di akhirat." (Syaikhan)


Hadis dari Ummu Salamah: "Sesungguhnya orang yg meminum dari wadah 
dari perak,sesungguhnya dia telah menuangkan ke dalam perutnya api neraka 
jahannam." (Syaikhan)


Ibn Qudamah (alMughni): Haram bejana emas/perak kerana berlebihan (mubazzir)
 dan kesombongan.


Sampai bila kitaran kekayaan ini berlegar dikalangan golongan tertentu sahaja
 khususnya pemimpin-pemimpin di nagara umat Islam sedangkan rakyat dan 
umat Islam masih lagi melarat. Adakah kita sekadar patut berbangga bahawa 
orang kaya adalah orang Islam. Apakah yang sepatutnya menurut ajaran Rasulullah Saw.
 Siapakah yang sanggup mendakwahi mereka ?
sumber : Al Fakir Muhammad Fazilul