(Gambar) Twitter PM Najib Razak Penuh Dengan Pengikut Tipu?
Seperti yang semua maklum, trend ahli politik menggunakan media sosial seperti Twitter, Facebook dan sebagainya, makin meningkat.Lebih-lebih lagi, selepas berlaku gelombang dalam Pilihanraya Umum ke-12 tidak lama dulu.Namun begitu, telah tersebar berita yang tidak enak didengar mengenai akaun twitter ahli politik di Malaysia ini.
Kita selalu dengar tentang hebohnya sesetengah ahli politik yang dengan bangga mengumumkan bahawa akaun Twiter dan facebook mereka mempunyai ramai pengikut. Dengan Statuspeople, iaitu laman sesawang yang membenarkan anda menyemak samada pengikut twitter anda adalah benar-benar manusia ataupun “fake account” semata, kita boleh melihat sendiri tentang keputusan yang dikeluarkan di bawah.
Umum kita mengetahui bahawa Perdana Menteri Malaysia, mempunyai pengikut hampir 800,000 orang dan juga diantara 25 pemimpin negara yang mempunyai pengikut Twitter paling tinggi.
Bagaimana pula dengan Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama dengan 18 juta pengikut?
Kita dah lihat 2 pemimpin teratas negara masing-masing, sekarang kita lihat Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah.
Nampak lebih baik keputusannya? Tunggu dulu.Lihat pula bagaimana keputusan fake akaun Twitter dua orang kuat Cyber UMNO, Tun Faisal dan juga Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussien.
Sebelum ini, heboh pasal “pengundi hantu” dalam pilihanraya.Takkan dalam maya pun nak pakai “pengikut hantu” juga? Berikan pendapat anda mengenai isu ini.
Inspirasi dari BlogSerius
No comments:
Post a Comment